Pray For Gaza !



Oh sekarang semua orang pon dah aware dengan serangan yang jadidekat Gaza kan. Dikala kita seronok di bumi Malaysia. Umat Islam di Gaza menyambut Maal Hijrah dengan dentuman bom bom. Apa yang kita mampu buat? Kita sebagai umat Islam, kena sama-sama berdoa untuk keselamatan rakyat-rakyat yang tak bersalah dan juga doa supaya kemenangan berada di pihak kita. Sehebat mana pon back up yang Israel ada plus sehebat mana pon diorang, tapi kita lagi sejuta ribu trillion kali empat puluh lapan juta lagi hebat. Sebab, kita ada Allah. Dan kita ada main weapon which is doa. Satu-satu nya cara yang boleh kita hulur sebagai seorang pelajar yang tak mampu nak hulurkan apa-apa bantuan ni adalah dengan berdoa. Yes doa..

Ayuh sahabat, kita amalkan Qunut Nazilah.

Dalam peristiwa Bir'u Maunah, yang mana pada peristiwa ini, berlakunya pembunuhan 70 orang sahabat yang kesemuanya adalah penghafaz Al-Quran. Rasulullah sangat sedih atas peristiwa pembunuhan para qurra' ini. Selama satu bulan, Rasulullah amalkan Qunut Nazilah atas musibah yang menimpa umat Islam ketika itu.

Jadi, apakata, kita amalkan Qunut Nazilah agar Allah memberi kekuatan pada mujahidin di segenap pelusuk dunia dan memecah belahkan pakatan orang yang ingin mezalimi umat Islam.


Ya Allah
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kamiDan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka.

Ingatlah, doa itu senjata buat kita umat Islam, bahkan ia lebih tajam daripada mata pedang. Believe it, believe it!

KITA HANYA MAMPU BERDOA

30 Mendoakan Liyana Mendapat Kejayaan !:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.