Diana Danielle Dan Farid Kamil Sah Bergelar Suami Isteri


Diana Danielle Farid Kamil Nikah
Sebentar tadi telah berlangsungnya majlis akad nikah pelakon-pengarah Farid Kamil, 31, dan pelakon Diana Danielle Benson, 21. Diana selamat bergelar isteri Farid dengan sekali lafaz, tepat jam 9.12 pagi. Tahniah!
Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Dato' Dr. Zahari telah dinikahkan oleh Ybhg. Ustaz Haji Daim Jajuli iaitu Pegawai Tadbir Agama /Pendaftar Kanan Daerah Gombak. Majlis ijabkabul telah diadakan di Hotel Flamingo, By The Lake Ampang.
Diana atau nama penuhnya Danielle Danny Benson menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 tunai. Beserta jumlah wang hantaran sebanyak RM20, 000 nilai emas.
Aktres kacukan Melayu-Amerika ini menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berupa helmet dan motor monster energy, senaskah Al-Quran dan telekung, sirih junjung, mas kahwin dan cincin.
Sebagai balasan, Farid pula menerima tujuh dulang hantaran iaitu set pewangi Hugo Boss, sebentuk cincin dan wallet, Majalah Polo, mini bike Kawasaki, sireh junjung dan bubble gum towel, manisan dan foto album daripada pihak pengantin perempuan.
Pasangan mempelai mengenakan busana sedondon berona putih. Farid segak bersut rekaan Andy dan Diana anggun mengenakan baju kurung moden-tradisional sentuhan pereka terkenal Wan Pa.
Majlis yang diadakan serba ringkas tapi dan penuh meriah ini dihadiri seramai kira-kira 300 tetamu terdiri daripada ibu bapa serta ahli keluarga terdekat kedua-dua mempelai iaitu juga teman-teman rapat.
Turut kelihatan teman artis seperti Yana Samsuddin, sahabat handai dan wakil-wakil media. Majlis pernikahan ini akan disiarkan secara live eksklusif di Astro Ria jam 9.00 malam, hari ini.
Sebelum ini, pasangan pelakon popular ni membuat kejutan apabila bertunang dalam diam pada 2 September lalu. Majlis yang diadakan di Damansara dekat sini itu dilakukan secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Pada majlis berkenaan kedua-dua pihak pada mulanya merancang untuk mengadakan majlis pernikahan selepas setahun bertunang. Bagaimanapun Farid telah membuat kejutan apabila mengumumkan tarikh perkahwinan mereka (iaitu hari ini) sewaktu di majlis preview filem arahannya, berjudul PE3, pada 15 Oktober lalu.
Diana dan Farid menyulam cinta selama tiga tahun dan hubungan mereka pernah putus tetapi disambung semula.
Farid sebelum ini pernah bercinta dengan pelakon Irma Hasmie tetapi hubungan itu tidak kekal. Sementara Diana pula dengan pengarah dan aktor Syamsul Yusof.
Majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan di  pada 30 November 2012. Lokasi akan diberitahu kelak. Sementara majlis sambut menantu dijangka berlangsung pada 12 Disember, dikampung halaman Farid, Jitra, Kedah .