Follower Semakin Bertambah ! Blog Semakin Cantik !

.Assalamualaikum 
Peacee Yo(!) ^_^v

Harini Liyana rasa gembira sangat ! sebab ? Haa' sebab follower Liyana sudah 100 , allhamdulilah . Hajat yang Liyana impikan untuk mencecah follower seramai 100 orang sudah tercapai . ngeee ~
Blog ni bertambah follower mungkin disebabkan perubahan blog yang diedit oleh Hadifah Sabri . Terima kasih banyak kepada Hadifah sebab mejadikan blog Liyana cantik .






Comel tak ? comel kan ? hehehe . Liyana memang suka design Hadifah ni . Nasib baik murah 5 ringgit je . Memang berbaloi lah kalau edit dengan Hadifah . Ok . itu sahaja entry untuk penghujung bulan 10 ni . Selamat datang bulan 11 :)

Filem Hantu Kapcai Berjaya Kutip RM3 Juta & Dilanjutkan Tayangan!


.Assalamualaikum 
Peacee Yo(!) ^_^v


Filem Hantu Kapcai

Tahniah Rindok Blog diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam filem Hantu Kapcai ini. Kata Norman :
“Buat masa ini, jumlah kutipan Hantu Kapcai sudah mencecah RM3 juta dan saya mengharapkan angka itu dapat bertambah sehingga RM3.5 juta, insya-Allah,” katanya.
Ketika ditanya mengenai tarikh tayangan itu tidak dicukupkan kepada sebulan terus, lantas Norman menjelaskan, “disebabkan tayangan dua filem seminggu.”
“Oleh itu, kami hanya mendapat lanjutan tayangan selama seminggu kerana terpaksa bersaing dengan banyak filem yang bakal ditayangkan.
“Walaupun industri perfileman negara kebelakangan ini menunjukkan kesuramannya, tetapi Hantu Kapcai berjaya memecahkan kesunyian itu dan saya bersyukur dengan sambutan yang diberikan peminat filem tempatan,” kata Norman yang kini berada di Perancis ketika dihubungi Sinar Harian Online sebentar tadi.
Hantu Kapcai arahan Ghaz Abu Bakar yang dibintangi Zizan Razak, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Izzue Islam, Neelofa dan Hairul Azreen telah ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 27 September lalu.
Hantu Kapcai mengisahkan Ajib lakonan Zizan, seorang mat rempit yang kesempitan wang telah terjebak dalam perlumbaan haram dengan musuh ketatnya, Tiger (Remy) demi memenangi wang pertaruhan.
Bagi memastikan kemenangan berpihak kepadanya, Tiger telah melakukan khianat dalam perlumbaan itu sehingga menyebabkan kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa Ajib.
Ajib kini menjadi hantu yang hanya mampu dilihat oleh calon Imam Muda di kampungnya iaitu Ibrahim (Fizz).
Ternyata di sebalik kesuraman kutipan filem tempatan, Hantu Kapcai membuktikan yang penonton masih mahu ke pawagam sekiranya cerita yang ditayangkan menarik. Semoga kutipan filem Hantu Kapcai akan mencecah RM5 juta seperti yang diharapkan oleh KRU Studios.

Credit to Sinar Harian

Syamsul Yusof Harap Kemenangan Tidak Dipertikaikan


.Assalamualaikum 
Peacee Yo(!) ^_^v


Syamsul Yusof Harap Kemenangan Tidak Dipertikaikan

Pengarah filem KL Gangster, Syamsul Yusof, 28, berharap kemenangannya mendominasi 5 trofi pada malam kemuncak Anugerah Blockbuster, malam semalam tidak akan dipertikaikan mana-mana pihak seperti yang pernah berlaku di majlis anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) sebelum ini terutama menerusi kategori Tuan Direktor Terhebat menerusi filem KL Gangster serta Filem Terhebat (KL Gangster).

Menurut Syamsul, dia akui sama sekali terkejut serta tidak menyangka bahawa kemenangan akan berpihak kepadanya pada malam itu terutamanya menerusi kedua-dua kategori tersebut. Apatah lagi bila, Yusry Abdul Halim yang lebih dahulu meraih undian yang tertinggi menerusi filem Merong Mahawangsa bagi kategori Tuan Direktot Terhebat, manakala Ombak Rindu pada awalnya disebut-sebut sebagai filem yang menjadi kegemaran penonton untuk memenangi kategori Filem Terhebat ini.

"Sebabnya, filem seperti Merong Mahawangsa adalah filem yang lebih hebat daripada KL Gangster. Namun kenyataannya, pada malam ini ia berpihak kepada saya dan saya sebenarnya risau kalau-kalau kemenangan saya ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa pihak terhadap saya seperti yang pernah berlaku di FFM sebelum ini.
Malah, Syamsul berpendapatm, semua pihak harus akur dan redha dengan kenyataan bahawa kemenangan atau rezeki berpihak kepadanya buat pertama kali anugerah anjuran Persatuan Festival Filem (PFM) itu diadakan.

"Tapi saya sendiri harus terima kenyataan dan reda dengan kemenangan ini dan saya anggap ini rezeki daripadaNya kerana akhirnya peminat dan penonton benar-benar menghargai hasil kerja saya," katanya yang ditemui selepas majlis Anugerah Blokbuster yang telah berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, malam semalam.
Anak kepada pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam ini turut memenangi 2 lagi kategori iaitu Filem Aksi Terhebat untuk KL Gangster, Filem Takut Terhebat (Khurafat) serta Filem Terhebat (KL Gangster). Lebih, manis apabila dia juga turut menjadi penerima Anugerah PFM dalam majlis Anugerah Blokbuster yang julung kalinya dianjurkan Persatuan Pengeluar Filem-Filem Malaysia (PFM) ini.

Mengulas mengenai kemenangannya Kl Gangster yang diangkat sebagai Filem Terhebat, Syamsul dengan rendah hati mengakui filem arahan dan lakonan itu sebenarnya kurang hebat untuk dibandingkan dengan filem yang sehebat seperti Merong Mahawangsa, namundia percaya kejayaan itu berpihak kepadanya kerana filemnya mungkin lebih dekat lagi dengan jiwa penonton.

"Kalau nak kata hebat, filem dan diri saya sebagai pengarah belum lagi boleh digelar terhabat kerana masih banyak lagi yang saya perlu belajar. Malah, saya rasa filem yang patut memenangi anugerah Filem Terhebat adalah filem epik Merong Mahawangsa kerana dari semua aspek saya akui ia memang hebat.

"Namun saya perlu akui filem saya seperti KL Gangster dan Khurafat merupakan filem yang lebih dekat dengan penonton dan lebih mendapat permintaan daripada penonton dari segi semua aspek. Disebakan itu, undian tertinggi berpihak kepada saya," luahnya lagi yang telah menyimpan hasrat untuk menghasilkan filem epik suatu hari nanti.

Syamsul yang baru sahaja selesai berlakon dalam filem Gangster Celop kini sedang mengarahkan filem KL Gangster 2 dan KL Drift The Series.



Creadit : Murai.com