.Assalamualaikum ♥
Peacee Yo(!) ^_^v
Pengarah filem KL Gangster, Syamsul Yusof, 28, berharap kemenangannya mendominasi 5 trofi pada malam kemuncak Anugerah Blockbuster, malam semalam tidak akan dipertikaikan mana-mana pihak seperti yang pernah berlaku di majlis anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) sebelum ini terutama menerusi kategori Tuan Direktor Terhebat menerusi filem KL Gangster serta Filem Terhebat (KL Gangster).
 Menurut Syamsul, dia akui sama sekali terkejut serta tidak menyangka 
bahawa kemenangan akan berpihak kepadanya pada malam itu terutamanya 
menerusi kedua-dua kategori tersebut. Apatah lagi bila, Yusry Abdul 
Halim yang lebih dahulu meraih undian yang tertinggi menerusi filem 
Merong Mahawangsa bagi kategori Tuan Direktot Terhebat, manakala Ombak 
Rindu pada awalnya disebut-sebut sebagai filem yang menjadi kegemaran 
penonton untuk memenangi kategori Filem Terhebat ini.
 "Sebabnya, filem seperti Merong Mahawangsa adalah filem yang lebih 
hebat daripada KL Gangster. Namun kenyataannya, pada malam ini ia 
berpihak kepada saya dan saya sebenarnya risau kalau-kalau kemenangan 
saya ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa pihak terhadap 
saya seperti yang pernah berlaku di FFM sebelum ini.
 Malah, Syamsul berpendapatm, semua pihak harus akur dan redha dengan 
kenyataan bahawa kemenangan atau rezeki berpihak kepadanya buat pertama 
kali anugerah anjuran Persatuan Festival Filem (PFM) itu diadakan.
 "Tapi saya sendiri harus terima kenyataan dan reda dengan kemenangan 
ini dan saya anggap ini rezeki daripadaNya kerana akhirnya peminat dan 
penonton benar-benar menghargai hasil kerja saya," katanya yang ditemui 
selepas majlis Anugerah Blokbuster yang telah berlangsung di Stadium 
Malawati, Shah Alam, malam semalam.
 Anak kepada pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam ini turut memenangi 2
 lagi kategori iaitu Filem Aksi Terhebat untuk KL Gangster, Filem Takut 
Terhebat (Khurafat) serta Filem Terhebat (KL Gangster). Lebih, manis 
apabila dia juga turut menjadi penerima Anugerah PFM dalam majlis 
Anugerah Blokbuster yang julung kalinya dianjurkan Persatuan Pengeluar 
Filem-Filem Malaysia (PFM) ini.
 Mengulas mengenai kemenangannya Kl Gangster yang diangkat sebagai Filem
 Terhebat, Syamsul dengan rendah hati mengakui filem arahan dan lakonan 
itu sebenarnya kurang hebat untuk dibandingkan dengan filem yang sehebat
 seperti Merong Mahawangsa, namundia percaya kejayaan itu berpihak 
kepadanya kerana filemnya mungkin lebih dekat lagi dengan jiwa penonton.
 "Kalau nak kata hebat, filem dan diri saya sebagai pengarah belum lagi 
boleh digelar terhabat kerana masih banyak lagi yang saya perlu belajar.
 Malah, saya rasa filem yang patut memenangi anugerah Filem Terhebat 
adalah filem epik Merong Mahawangsa kerana dari semua aspek saya akui ia
 memang hebat.
 "Namun saya perlu akui filem saya seperti KL Gangster dan Khurafat 
merupakan filem yang lebih dekat dengan penonton dan lebih mendapat 
permintaan daripada penonton dari segi semua aspek. Disebakan itu, 
undian tertinggi berpihak kepada saya," luahnya lagi yang telah 
menyimpan hasrat untuk menghasilkan filem epik suatu hari nanti.
 Syamsul yang baru sahaja selesai berlakon dalam filem Gangster Celop 
kini sedang mengarahkan filem KL Gangster 2 dan KL Drift The Series.
Creadit : Murai.com
Creadit : Murai.com
 



 




 Using Denim Template
 Using Denim Template
00 Mendoakan Liyana Mendapat Kejayaan !:
Post a Comment
Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.